Punca Peristiwa kepupusan Eosen-Oligosen

Pengglasieran

Sempadan antara epok Eosen dan epok Oligosen ditandai dengan pengglasieran benua Antartika dan akibatnya bermulanya Zaman Ais Senozoik Akhir.[3] Peralihan hebat dari segi rangka iklim ini merupakan calon utama untuk punca peristiwa kepupusan. Walaupun lembaran ais yang tidak kekal mungkin wujud di benua Antartika semasa bahagian Eosen Pertengahan dan Akhir,[4] selang penyejukan global yang teruk ini menandakan permulaan liputan lembaran ais kekal di benua Antartika,[5][6] dan dengan itu berakhir iklim rumah hijau peringkat Paleogen Awal.[7] Penyejukan global juga dikaitkan dengan keadaan pengeringan yang ketara di latitud rendah benua Asia,[8] walaupun perhubungan bersebab akibat antara dua perkara tersebut telah dicanggah oleh beberapa penyelidikan.[9]

Model penyejukan iklim terkemuka pada masa ini meramalkan penurunan karbon dioksida atmosfera, yang perlahan-lahan merosot sepanjang peringkat Eosen Pertengahan sehingga ke Akhir.[10][11][12] Penyejukan yang ketara berlaku dalam ratusan ribu tahun terakhir sebelum permulaan pengglasieran utama di benua Antartika.[13] Penyejukan ini mencapai beberapa ambang kira-kira 34 juta tahun yang lalu,[14][15][4] mencetuskan pembentukan lembaran ais yang besar di Antartika Timur sebagai tindak balas terhadap kejatuhan paras karbon dioksida.[16][17] Punca penurunan <i id="mwXw">p</i>CO <sub id="mwYA">2</sub> ialah penghanyutan Benua Kecil India ke latitud khatulistiwa, menyebabkan luluhawa silikat di Perangkap Deccan.[18] Antara faktor lain ialah pembukaan Laluan Drake dan pembentukan Arus Lilitan Antartika (ACC), yang mempunyai kesan terhadap penciptaan gir lautan yang menggalakkan penjulangan air dasar sejuk dan mengurangkan pengangkutan haba ke benua Antartika dengan mengasingkan air di sekelilingnya.[19] Pada masa yang sama, Gerbang Tasmania juga dibuka sekitar masa EOT.[20] Perubahan peredaran laut, bagaimanapun, tidak begitu ketara dalam menghasilkan penyejukan seperti penurunan pCO2.[21] Selain itu, jangka masa penciptaan ACC masih tidak pasti.[22]

Bukti menunjukkan pengglasieran Antartika berlaku dalam dua tahap. Tahap pertama merupakan tahap yang kurang jelas dan lebih sederhana antara kedua-dua tahap pengglasieran, berlaku pada sempadan masa Eosen-Oligosen itu sendiri. Tahap pertama ini dirujuk sebagai EOT-1.[4] Kepekatan karbon dioksida menurun daripada kira-kira 885 ppm kepada kira-kira 560 ppm.[23] Peristiwa Oligosen Oi-1, yakni peristiwa membabitkan ekskursi isotop oksigen yang berlaku sekitar 33.55 juta tahun dahulu,[24] merupakan nadi utama kedua pembentukan kepingan ais Antartika. [4]

Perubahan iklim yang besar ini telah dikaitkan dengan pemusinggantian biota. Malah sebelum tibanya sempadan masa Eosen-Oligosen itu sendiri, semasa peringkat Priabonian awal, kadar kepupusan meningkat seiring dengan penurunan suhu global.[23] Makhluk unisel radiolaria mengalami kekurangan populasi mendadak disebabkan penurunan ketersediaan nutrien di perairan tengah dan perairan dalam lautan.[25] Di Teluk Mexico, pemusinggantian marin dikaitkan dengan perubahan iklim, walaupun punca utama menurut kajian itu bukanlah penurunan suhu purata itu sendiri tetapi sebaliknya berkaitan dengan musim sejuk yang lebih sejuk dan peningkatan peralihan musim.[2]

Di daratan pula, peningkatan peralihan musim yang disebabkan oleh penyejukan mendadak ini menyebabkan peristiwa pusing ganti fauna Grande Coupure di Eropah.[26] Di Lembangan Ebro, kekeringan besar berlaku sewaktu peristiwa Grande Coupure, menunjukkan penghubungkaitannya.[1] Tempoh penyejukan yang luar biasa di lautan dikaitkan dengan penggantian fauna mamalia yang ketara di benua Asia juga. Peristiwa penyusunan semula biota Asia adalah setanding dengan Grande Coupurecode: fr is deprecated di Eropah serta pembentukan semula komuniti mamalia di Mongolia.[27]

Kesan dari luar angkasa

Terdapat spekulasi lain menunjukkan yang beberapa hentaman meteorit besar berlaku lebih kurang pada masa ini, termasuk kawah Teluk Chesapeake pada 40 km (25 bt) dan struktur hentaman Popigai pada 100 km (62 bt) daripada kawasan tengah Siberia, yang menaburkan serpihan mungkin sehingga ke Eropah. Pentarikhan baharu meteor Popigai mengukuhkan kaitannya dengan kepupusan tersebut.[28] Walau bagaimanapun, kajian lain gagal menemui sebarang kaitan antara peristiwa kepupusan dengan sebarang peristiwa impak.[29]

Aktiviti suria

Bekas kitaran tompok matahari dari Lembangan Teluk Bohai (BBB) tidak menunjukkan bukti bahawa sebarang perubahan ketara dalam aktiviti suria berlaku di seluruh EOT.[30]

Rujukan

WikiPedia: Peristiwa kepupusan Eosen-Oligosen https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/... https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/... https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/... https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/... https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2011PPP...301...... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2000Natur.407..8... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2014PalOc..29..8... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/1996PalOc..11..2... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/1986PPP....57......